PAS tunai hasrat ibu tunggal miliki ketuhar

Berita
Typography
REMBAU: Hasrat ibu tunggal, Zaleha Syaik Mohamad untuk memiliki pembakar ketukar elektrik bagi mengembang perniagaannya akhirnya tertunai oleh sumbangan PAS Kawasan Rembau.
 
Serahan pembakar ketuhar itu disampaikan sendiri Ahli Jawatankuasa (AJK) Ulamak PAS Negeri Sembilan, Ustaz Rosmin Adam dan AJK PAS Rembau, Ishak Omar kepada Zaleha di Kampung Ulu Chuai, di sini kelmarin.
 
Pemberian itu sebagai usaha membantu beliau untuk meningkatkan pembuatan kuih bahulu bagi menambah pendapatannya yang berniaga secara kecil-kecilan.
 
Pada ketika ini dengan keupayaan dan peralatan yang terhad, ibu tunggal itu hanya mampu menjana perolehan pendapatan hanya RM60 untuk dua minggu.
 
Memahami desakan perolehan yang teramat kecil dan daya dikari tinggi Zaleha itulah PAS tampil menolongnya dan berusaha agar beliau juga mendapat bantuan daripada Baitulmal serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. -HARAKAHDAILY 13/4/2018