PAS akan hantar calon ke Langkawi

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menghantar calon bertanding di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita tak umum lagi tapi kita akan hantar calon sama ada dari PAS atau dari Gagasan Sejahtera. Akan ada di situ calon yang boleh lawan, Insya Allah," ujar beliau pada Majlis Perasmian Titi Kuala Juru di pekarangan Titi Kuala Juru, Pulau Pinang yang disiarkan secara lansung di laman Facebooknya, sebentar tadi.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof, saf kepimpinanan PAS negeri serta kawasan.

Beliau menegaskan PAS tidak akan berdiam diri membenarkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menang di Langkawi kerana PAS akan menghantar calon yang wibawa dan bertenaga. – HARAKAHDAILY 16/4/2018