Mahathir bakal rosakkan PH

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi jurulatih Umno bakal merosakkan Pakatan Harapan (PH).

"Masa dia jadi ketua pasukanlah dia merosakkan Umno. Umno jadi macam-macam.

"Kemudian tiba-tiba Pakatan Harapan ambik dia jadi pemain bola. Jurulatih yang umur 90 suruh main bola turun padang. Kesian la ke dia," ujar beliau pada Majlis Perasmian Titi Kuala Juru di Juru, Pulau Pinang yang disiarkan secara langsung melalui Facebook beliau, sebentar tadi.

Mahathir yang diisytiharkan bertanding di Parlimen Langkawi bakal berdepan dengan calon daripada Gagasan Sejahtera.

Presiden PAS sebelum ini menyebut bahawa PAS dan Gagasan Sejahtera akan bertanding kira-kira 160 kerusi Parlimen pada PRU14. – HARAKAHDAILY 16/4/2018