Jangan terlalu layan provokasi musuh

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Pengarah Institut Strategi PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa PAS menentang sebarang bentuk berita palsu dan fitnah kerana ia adalah prinsip Islam.

Beliau menambah, PAS tidak akan melayan sebarang provokasi,kerana ia sebenarnya adalah cara untuk mengalih perhatian PAS membawa agenda yang besar.

“Jangan terlalu melayan provokasi musuh. Jangan kita layan provokasi yang sebenarnya nak kita leka daripada bekerja.

“Maka jangan menari ikut tarian musuh. Kita terus bergerak ke hadapan untuk menuju cita-cita kita, insya Allah," katanya pada program Fb live Sinar Harian, hari ini.
.
Beliau seterusnya mengajak semua jentera PAS bergerak dengan penuh berhemah serta mempraktikkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). – HARAKAHDAILY 16/4/2018