Mana janji BN harga kereta murah?

Berita
Typography

KOTA BHARU: Manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus, sebaliknya menjelang tahun ini harga kereta pula naik.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, janji PRU lepas belum lagi dilaksanakan namun janji baru pula ditabur.

"BN juga berjanji mahu membina sejuta Rumah Kos Rendah termasuk 500,000 rumah PR1MA, apa yang berlaku sekarang ini tidak lebih 150,000 PR1MA dibina," katanya pada Sidang Media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Mohd Kamal Mohamad dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Asri Mat Daud.

Ahmad Fadhli berkata, Umno dan Barisan Nasional boleh berjanji apa sahaja bagi memikat hati pengundi, tetapi menunaikannya merupakan satu beban kepada parti pemerintah. - HARAKAHDAILY 6/5/2018