Seluruh rakyat wajib pertahan kedaulatan negara

Berita
Typography

SELURUH rakyat Malaysia pelbagai agama dan latar belakang politik diseru mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia adalah menjadi satu kewajipan kepada semua rakyat untuk bersatu.

“Seluruh rakyat mesti bersama bila rakyat menghadapi ancaman dan segera, itu kena bersama tak boleh berbeza. Wajib dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya,” tegas beliau ketika ditemui para wartawan selepas kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Ustaz Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas ketegangan diplomatik antara Kerajaan Malaysia dengan Korea Utara ekoran pembunuhan Kim Jong-nam.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berharap ia akan diselesaikan dengan segera.

“Kita mengharapkan kalau dapat diselesaikan dengan baik, secara diplomatik. Cuma Korea Utara ni kita tahulah, negara yang tidak ada undang-undang. Kita harap tekanan antarabangsa dapat mengubah,” ujarnya dipetik Buletin Online.