Ishak terus melangkah biar berdepan dakyah

Berita
Typography

REMBAU: Calon PAS N.28 Kota, Ishak Omar terus melangkah gagah menggiatkan aktiviti ziarahnya menemui pengundi biarpun pelbagai dakyah dilemparkan kepada PAS pada PRU ini.

Sebaliknya beliau percaya, kempen dilaksanakannya berlandaskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera lebih dekat serta dapat diterima pengundi.

Sebaliknya ujar beliau, musuh politik PAS berada dalam keadaan terdesak dan tertekan hingga terpaksa menggunakan pendekatan putar belit serta menyampaikan perkara salah.

Perkara tersebut dimaklumkan telah disebar pihak tertentu termasuk menggunakan bahan kempen PAS seperti bendera dan sebagainya dengan diletak bersama untuk mewajarkan tuduhan itu.

Sementara Pengarah JPrD Kota, Izamri Med menyatakan jenteranya tetap bersemangat dan bekerja keras serta terus memberi penjelasan kepada pengundi. -HARAKAHDAILY 7/5/2018