Sedia terima apa jua portfolio - Hanafiah Mat

Berita
Typography

KUALA TERENGGANU: Calon penyandang PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Cukai, Hanafiah Mat secara rasmi diisytiharkan menang kerusi itu dengan majoriti kemenangan sebanyak 4,881 undi.

Berikutan itu, beliau antara 10 orang yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu yang baharu.

Pelantikan Hanafiah itu disempurnakan pada majlis angkat sumpah dan watikah di hadapan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, Kuala Terengganu, 10 Mei lalu.

Sehubungan itu, kata beliau bersedia memegang sebarang portfolio yang diamanahkan oleh Menteri Besarnya.

"Ya, tidak kisahlah portfolio mana-mana pun, yang pasti saya akan bekerja bersama-sama dengan pegawai kerajaan untuk mempastikan semua janji dalam manifesto PAS Terengganu kepada rakyat ditunaikan, InsyaAllah," ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 minggu lalu, Hanafiah Mat berjaya memperolehi sebanyak 12,428 undi mengalahkan calon BN, Mohamed Awang Tera (7,547) undi dan calon PKR, Wan Mohd Anies Wan Mohd Adnan (5,104) undi daripada sejumlah 25,079 orang pengundi berdaftar. -HARAKAHDAILY 14/5/2018