Singgah Sahur JAM Kemaman

Berita
Typography
KEMAMAN: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Kemaman telah menyemarakkan ibadah Ramadan dengan mengadakan program Singgah Sahur di Bandar Chukai, di sini kelmarin.
 
Program tersebut dijayakan bersama Dewan Pemuda PAS Kemaman dengan berkunjung ziarah ke agensi-agensi kerajaan dan swasta seawal jam 3 pagi tersebut.
 
Antara dilawati rombongan itu adalah Hospital Besar Daerah Kemaman, Balai Polis Daerah Kemaman, Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Angkatan Pertahanan Awam Kemaman dan lain-lain.
 
Komandan JAM Kemaman, Wan Faisal Wan Abdullah berkata, selain mengimarahkan Ramadan, program tersebut juga adalah sebagai penghargaan pihaknya kepada petugas yang berkhidmat kepada negara.
 
Turut serta mengedarkan sumbangan juadah sahur itu adalah Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood serta saf Exco Pemuda PAS Kemaman. -HARAKAHDAILY 1/6/2018