Khairunnisa' giatkan bengkel jahitan semua Dun

Berita
Typography
KUALA TERENGGANU: Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') akan merancakkan bengkel-bengkel jahitan di setiap Dun dalam negeri itu.
 
Pengerusinya, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman berkata, setiap hasil jahitan akan ditempatkan di satu pusat pengumpulan produk sebelum dipasarkan ke serata negeri.
 
Jelas beliau, pelaksanaan tersebut menjadi sebahagian usaha pihaknya terhadap agenda kebajikan masyarakat dan memainkan peranan bagi membantu dan melancarkan wawasan kerajaan.
 
Menurut beliau, projek sedemikian merupakan antara program keusahawanan berpusat yang memberikan manfaat kepada rakyat di samping membantu golongan tertentu.
 
Perkara tersebut dinyatanya dalam satu sidang media bersama Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Khairunnisa' iaitu Tuan Roslina Tuan Sulaiman dan Zarani Othman di Seri Iman, di sini kelmarin. -HARAKAHDAILY 2/6/2018