Hadiah simbolik hubungan sesama manusia, Allah

Berita
Typography
KUALA NERUS: Pemberian telekung solat menjadi simbolik kepada ukhuwah dan seruan untuk sentiasa mendampingi Allah S.W.T.
 
Demikian dilaksanakan Muslimat PAS dan Ameerah Dun Buluh Gading dalam menzahirkan hubungan sesama mereka.
 
Pemberian hadiah tersebut disampaikan Timbalan Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Ridzuan Hashim di Pusat Khidmat Dun itu, di sini kelmarin.
 
Menurut Ketua Muslimat PAS Buluh Gading, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, selain mengeratkan hubungan sesama anggotanya, majlis itu juga untuk mengenali Adun PAS itu.
 
Beliau dalam ucapannya juga menyeru penglibatan aktif Muslimat dalam program-program dianjurkan dalam mendokong pemerintahan negeri.
 
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Ameerah PAS Kawasan Kuala Nerus, Khairunnajah Mohd. -HARAKAHDAILY 3/6/2018