Kelantan hargai pasukan keselamatan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyerah 13,200 bungkusan kuih raya untuk anggota pasukan keselamatan yang bertugas di Kelantan sempena Aidilfitri.

Penyerahan kuih itu disempurnakan Timbalan Menteri Besar kepada wakil-wakil pasukan keselamatan di Dewan Teratai Kota Darulnaim hari ini.

Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, sumbangan tersebut sebagai menghargai pengorbanan, peranan serta tugas yang dilakukan anggota keselamatan bagi menjaga keselamatan tanah air.

"Sumbangan dan tugas mereka sangat besar yang perlu diselaraskan antara duniawi dan ukhrawi supaya nilai dunia pun kita dapat dan nilai akhirat pun kita dapat.

"Namun apa yang penting niat kita kena betul kerana dengan niat inilah yang akan menentukan tindakan kita betul agar kepentingan dunia dan akhirat," katanya.

Lebih 200 pegawai dan anggota keselamatan pelbagai agensi hadir pada program tahunan tersebut. - HARAKAHDAILY 7/6/2018