Sumbangan raya kepada kakitangan Pejabat Agung

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini secara peribadi menyampaikan bantuan khas hari raya kepada kakitangan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini, sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, sumbangan yang diberikan secara peribadi kepada kakitangan Pejabat Agung itu disampaikan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada petugas-petugas Pejabat Agung yang telah berhempas-pulas bertugas pada musim pilihan raya baru-baru ini.

Ujarnya, beliau tidak merasa janggal dengan kakitangan Pejabat Agung PAS dan mengganggap mereka seperti ahli keluarganya kerana bilik gerakan beliau juga terletak di bangunan tersebut.

"Kita menyedari pentingnya staf Pejabat Agung kepada parti. Masing-masing berhempas pulas buat kerja pada masa pilihan raya, jadi sebagai tanda mata dan tanda nak hadap hari raya ini saya ambil kesempatan nak beri sumbangam Hari Raya.

"Ini bukan daripada kerajaan negeri tetapi dari saya sendiri, semoga dapat membuatkan kita lebih erat insha Allah," katanya menyampaikan sumbangan tersebut di Tingkat Lima, Pejabat Agung PAS.

Seramai 35 kakitangan Pejabat Agung termasuk Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat menikmati sumbangan raya tersebut.

Hadir sama pada program penyerahan bantuan khas itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu, Mohd Adram Musa dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Pada penghujung majlis penyampaian sumbangan tersebut para penerima bergambar kenangan bersama Dr Ahmad Samsuri yang juga merupakan Setiausaha Politik Presiden PAS. – HARAKAHDAILY 8/6/2018