Penerima sumbangan Kemasik dirai Ustaz Alias

Berita
Typography
KEMAMAN: Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Hamid telah menyantuni dan meraikan warga asnaf pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya.
 
Pemberian kepada golongan ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin dan Orang Kelainan Upaya itu telah diadakan di Surau al-Huda, Kampung Semayor, di sini kelmarin.
 
Ustaz Alias dalam ucapannya menghargai sumbangan para dermawan yang dengan pemberian itu turut berkongsi beban para penerima untuk sama merasai nikmat Syawal.
 
Antara penerima sumbangan tersebut, Idawati Mohd Noor yang diwakili ibunya kerana tidak mampu berjalan disebabkan menderita sakit saraf tulang merasa berbesar hati atas pemberian itu.
 
Program yang bermula dengan tadarus al-Quran sejak pagi serta gotong-royong penyediaan juadah berbuka puasa itu turut mengadakan majlis tahlil dan dihadiri sekitar 400 tetamu.
 
Hadir sama Ketua Muslimat PAS Dun Kemasik, Ustazah Narliati Lamshah dan Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat serta Timbalan Ketua Pemuda Kemasik, Shahrim Ibni Hajar. -HARAKAHDAILY 10/6/2018