Mesra Aidilfitri anak Kelantan 2 Syawal

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan negei menerusi Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan akan mengadakan majlis Mesra Aidilfitri pada 2 Syawal ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud, berkata majlis itu akan diadakan di Balai Islam Lundang.

Menurutnya, majlis tahunan itu diadakan setiap 2 Syawal bagi meraikan anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya.

“Pimpinan kerajaan negeri akan hadir bersama untuk meraikan mereka pada hari yang mulia ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak perantau yang berkesempatan agar hadir pada majlis itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan media.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan cenderahati Aidilfitri kepada yang hadir sebagai tanda ingatan. - HARAKAHDAILY 14/6/2018