Bekas Adun Penor meninggal dunia

Berita
Typography

KUANTAN: Bekas Ahli Dewangan Undangan Negeri (Adun) Penor (kini Inderapura) Haji Abdul Aziz Long, 83, meninggal dunia semalam.

Beliau yang mewakili PAS di Dun terbabit pada 1999-2004 menghembus nafaz terakhir di Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sisi isterinya, Norehan Ahmad dan empat anak.

Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Aziz dilahir pada 20 Ogos 1935 di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, sebelum berpindah ke Raub.

Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1956 selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.

Cikgu Aziz memenangi Dun Penor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 mengalahkan penyandang Dato’ Zainuddin Jumaat dari BN dengan majoriti 1,925 undi.

Jenazah Allahyarham disembahayangkan di Masjid Taman Guru sebelum disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung AC.- HARAKAHDAILY 2/7/2018