Najib ditahan, dihadap ke mahkamah esok

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, hari ini.

Memetik laporan Bernama, penahanan itu disahkan oleh Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pasukan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, tangkapan dibuat pada 2.35 petang berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd dan Najib akan dituduh pada jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur. - HARAKAHDAILY 3/7/2018