PAS Melaka berdemo bantah iktiraf UEC

Berita
Typography

AYER KEROH: PAS Melaka telah mengadakan demonstrasi aman membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka di Masjid Al Azim, petang semalam.

Bertempat di hadapan pintu masjid tersebut, kehadiran sekitar 200 orang yang terdiri pelbagai NGO Melayu seperti Perkasa, ISMA, Persatuan Silat Gayong Patani dan lain-lain.

Perhimpunan berjalan dgn aman dikawal oleh dua dua trak FRU dan himpunan itu berjalan sekitar setengah jam diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek.

Selepas itu penyerahan memorandum ke pejabat ketua menteri diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 Melaka, Ustaz Abdul Halim Maidin.

"PAS Melaka mendesak agar kerajaan negeri menarik balik pengiktirafan sijil UEC dari sekolah cina persendirian kerana ia berlawanan dgn akta pelajaran 1996," kata Ustaz Kamarudin semasa berucap di himpunan itu.

Katanya, UEC menggunakan silibus dari Taiwan dan diajar dlm bahasa Mandarin.

Malah ujarnya, UEC juga akan menggagalkan pembinaan negara bangsa serta mencarik perpaduan rakyat Malaysia.

Tambah beliau, sesetengah penganalisis pendidikan mengatakan pengiktirafan UEC adalah suatu tindakan yang tidak bertamadun. – HARAKAHDAILY 7/7/2018

m2