Iman dan tuntutan keimanan sentiasa dimusuhi kafir

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Keimanan umat Islam telah menjadi perkara yang dimusuhi golongan kafir di sepanjang zaman di mana ia perlu sentiasa diwaspadai.

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, permusuhan akan zahir nyata apabila jumlah orang kafir melebihi umat Islam.

Pengajaran itu menurutnya, dapat dilihat sebagaimana yang berlaku dalam sejarah manusia antaranya di Bosnia-Herzegovina dan Maluku.

Jelasnya, walaupun umat Islam membina hubungan dan kehidupan baik dengan masyarakat berbeza agama, tetapi sering terjadi akhirnya dizalimi kaum kafir apabila menjadi minoriti.

Terang beliau, sikap permusuhan kafir itu adalah hanya semata-mata kerana keimanan dimiliki dan lebih besar apabila seorang Muslim melaksanakan tuntutan keimanan.

Oleh itu seru beliau, umat Islam wajar mempunyai kebimbangan terhadap pertambahan jumlah bukan Islam dalam mengendalikan sebarang urusan manusia. - HARAKAHDAILY 7/7/2018