Peranan Muslimat perlu terus digiatkan

Berita
Typography
BESUT: Muslimat PAS diseru terus bergiat aktif menggerakkan peranan dalam membantu menjayakan segala agenda oleh pihak Kerajaan Negeri.
 
Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Shalahuddin Jaafar berkata, hal tersebut boleh dilakukan dengan melibatkan diri dengan entiti yang ditubuhkan di bawah kerajaan.
 
Menurutnya, menerusi penyertaan sedemikian dapat membantu menguatkan lagi sokongan kepada Kerajaan PAS Terengganu dan PAS itu sendiri.
 
"Saya sangat puas hati dengan Muslimat di setiap peringkat dalam melaksanakan arahan parti dan program bagi menjayakan PAS khususnya di Besut," ujarnya.
 
Beliau berkata demikian semasa Majlis Jamuan Hari Raya Dewan Muslimat PAS Besut di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, di sini kelmarin.
 
Beliau juga berharap walaupun belum memenangi semua kerusi Dun dalam kawasan itu, tetapi kejayaan di Dun N.02 Kota Putera perlu menjadi peluang mengeratkan hubungan dengan masyarakat. -HARAKAHDAILY 8/7/2018