Ustaz Ahmad Tarmizi meninggal dunia

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abd Aziz, 53, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 4.00 petang tadi

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria punca kematian difahamkan komplikasi penyakit jantung, paru-paru serta kencing manis. 

Beliau bekata, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah dimasukkan ke HRPB sejak 2 Jun lalu.

Tambahnya, jenazah allahyarham dibawa ke kediaman beliau di No. 21, Jalan Tanjung 5, Desa Tanjung Murni, Chemor.

Katanya, solat jenazah diadakan di Masjid At-Toyyibin Chemor pada jam 9.00 malam ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 9 Jalan Kuala Kangsar.

“Badan Perhubungan PAS Negeri Perak terasa kehilangan besar di atas pemergiaan Allahyarham dan merakamkan salam takziah kepada semua keluarga,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Pada PRU14 lalu, Allahyarham bertanding di Dun Alor Pongsu. – HARAKAHDAILY 9/7/2018