PAS Kuala Nerus rai bakal haji

Berita
Typography
KUALA NERUS: PAS Kawasan Kuala Nerus telah mengadakan majlis khas meraikan 86 bakal haji dari Dun Seberanf Takir yang akan berangkat ke Tanah Suci mengerjakan ibadah tersebut.
 
Setiausaha PAS Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang berkata, selain mengukuhkan hubungan, pihaknya berharap mereka telah membuat persiapan rohani dan jasmani.
 
Jelas beliau, persiapan tersebut penting dalam menjalankan ibadah yang besar cabarannya itu, namun bakal beroleh ganjaran besar di sisi Allah S.W.T.
 
Majlis yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali itu telah dilangsungkan di Masjid Al-Abrar, Bukit Tok Beng, Seberang Takir, di sini kelmarin.
 
Menurut Ustaz Zakaria yang juga Pengarah MTD Seberang Takir, penganjuran solat hajat tersebut juga agar dimudahkan serta untuk keselamatan para jamaah.
 
Beliau turut berharap mereka bersama mendokong pembinaan negeri Terengganu ke arah Maju, Berkat dan Sejahtera yang menjadi tema kini.
 
Hadir sama Penyelaras Dun Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab. -HARAKAHDAILY 11/7/2018