Ahmad Samsuri ucap tahniah kepada Syahir

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohd Syahir Che Sulaiman yang dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Pelantikan ini amat tepat, berdasarkan kelayakan dan kebolehan beliau yang amat membanggakan,” ujarnya yang merupakan mantan Setiausaha Politik Presiden PAS menerusi laman sosial Facebook, semalam.

Sehubungan itu, beliau ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua, sekiranya sepanjang menggalas amanah sebagai Setiausaha Politik Presiden sejak 2008, terdapat kelemahan dan kekurangan.

“Pengalaman saya sebagai Setiausaha Politik Presiden, merupakan suatu pengalaman yang tidak ternilai harganya.

“Kepada Saudara Shahir, selamat menunaikan tanggungjawab sebaiknya demi bangsa, agama dan negara. Tahniah,” katanya yang juga Menteri Besar Terengganu.

Sementara Syahir pula mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Samsuri di atas perkongsian ilmu dan pengalaman berharga, umpama nasihat seorang 'abang' kepada 'adik' tercinta.

“Pastinya banyak yang perlu saya pelajari, dan tidak mungkin mampu ditandingi, jasa bakti beliau sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS selama lebih 10 tahun.

“Kepada YAB Dr. Ahmad Samsuri, selamat menunaikan tanggungjawab baharu dengan penuh adil dan berkebajikan,” ujarnya menerusi Facebook. – HARAKAHDAILY 12/7/2018