Kebakaran: Pemuda PAS Semporna sedia bantu

Berita
Typography

SEMPORNA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Semporna bersedia membantu mangsa yang terlibat dalam kebakaran melibatkan 302 buah rumah di Kampung Air Hujung, di sini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Semporna, Umar Khalid semalam ketika melawat mangsa kebakaran tersebut.

Katanya, Pemuda PAS Semporna komited menghulurkan bantuan untuk meringankan beban dan memenuhi keperluan penting mangsa.

"Bagi pihak saya akan terus komited mengatur segala usaha bagi membantu mangsa dari segi keperluan penting dan apa sahaja bentuk sumbangan semampu kami bagi meringankan beban mangsa.

"Hal ini saya sudah sampaikan kepada pihak Pemuda PAS Negeri Sabah melalui Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin dan beliau memaklumkan kepada saya untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran itu,"ujarnya.

Sebagai langkah awal, Pemuda PAS Semporna akan mendapatkan maklumat terperinci jumlah mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

Sementara itu, Umar merayu kepada semua orang untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bendahari Pemuda PAS Semporna, 160232188552 (Maybank) atas nama Affendi Ratiman dan sebarang transaksi boleh dimaklumkan melalui talian 01131615674 (Affendi) atau 0143717181 (Razis). – HARAKAHDAILY 1/8/2018