12 negara sertai Pesta Wau Antarabangsa Kelantan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Sebanyak 12 buah negara akan menyertai Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2018.

Pesta itu akan melibatkan 30 orang peserta luar dan 250 keseluruhan peserta dalam negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Dato’ Mejar (B) Md Anizam Abd. Rahman, memberitahu pesta berkenaan akan bermula 2 sehingga 4 Ogos ini di Pantai Geting, Tumpat.

Anizam berkata, pihaknya menjangkakan seramai 50,000 pengunjung akan datang ke pesta berkenaan sepanjang empat hari yang bermula jam 9 pagi sehingga 7 petang.

"Ini kerana banyak aktiviti berlangsung sepanjang pesta ini," ujarnya.

Tambahnya, lebih dari 20 acara yang akan dipertandingkan sempena pesta wau itu, antaranya Wau Kucing Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan, Membuat Wau Tradisi Peringkat Kebangsaan, layang-layang Rokakku dan banyak lagi.

Jelasnya, manakala untuk pertandingan wau bercahaya pada 8 Ogos bermula 9 malam di tempat yang sama. – HARAKAHDAILY 1/8/2018