Hanya Orang Asli PH tuntut tanah adat

Berita
Typography

GUA MUSANG: Impian sekumpulan Orang Asli mahu menuntut tanah adat di Kelantan tidak kesampaian apabila Pakatan Harapan (PH) gagal misi merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Sedangkan pada akhir Februari lepas seramai 230 Orang Asli dilapor menyertai DAP di Kampung Parik, Kuala Betis.

Malah buat pertama kali dalam sejarah DAP, parti itu meletakkan calon Orang Asli bertanding di Dun Galas pada PRU lepas.

Nasir Dollah sebagai calon PH merupakan aktivis Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) dan Timbalan pengerusi Jaringan Orang Asli Kelantan (Jaringan).

Jaringan sejak akhir 2016 mendesak kerajaan negeri mengiktiraf tanah adat. Dan impian itu diharap menjadi kenyataan sekiranya PH berjaya mentadbir Kelantan.

Mereka mahu merubah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang secara jelas menyebut Pihak Berkuasa Negeri boleh mewarta mana-mana kawasan yang diduduki Orang Asli sebagai rizab Orang Asli.

Ustaz Suhaimi DerisBekas pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata, hanya ada istilah Tanah Rizab Orang Asli sahaja di Kelantan dan bukan tanah adat.

Katanya, kumpulan Jaringan mahu memperjuangkan tanah adat yang tiada dalam mana-mana peruntukan undang-undang di Kelantan.

“Sebab itulah itu kumpulan Orang Asli terbabit mengharapkan PH menang di Kelantan pada PRU lepas bagi membolehkan diubah akta tersebut,” katanya.

Jumat AbakPenghulu Orang Asli di Kuala Betis, Jumat Abak berkata, kumpulan Jaringan begitu kecewa kerana perjuangan menuntut tanat adat tidak mendapat sokongan majoriti masyarakat Orang Asli.

Katanya, kekecewaan itu menyebabkan mereka melakukan sekali lagi sekatan laluan di Pos Tohoi bagi mendapat perhatian kerajaan.

“Tidakan mereka hanya sekadar gimik bagi mendapat simpati sehingga timbalan seorang menteri dan pemimpin PH datang ke blockade di Kaleg dan Cawas hari ini,” katanya. - HARAKAHDAILY 2/8/2018