Perbarisan kehormat JAM di Muktamar DPPWP

Berita
Typography
KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan telah mengadakan perbarisan kawalan kehormat bersempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di Wisma Sejarah, di sini hari ini.
 
Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan, Rone Faizal Isnin berkata, anggotanya telah turun menyertai perbarisan kehormat tersebut secara penuh disiplin dan teratur.
 
“Dengan kekuatan 30 anggota Amal terlibat dalam perbarisan kali ini dan diperiksa oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas telah menyuntik komitmen anggota untuk terus beramal.
 
“Perbarisan kawalan kehormat ini kami adakan setiap tahun sempena Muktamar Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan dijangkakan lebih ramai anggota Amal akan terlibat pada tahu hadapan”, jelas beliau.
 
Turut serta memantau dalam perbarisan kawalan kehormat pada kali ini adalah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Farkhan Md Zain dan Timbalannya, Rashidi Razak serta Naib Ketua, Ustaz Ubaid Akla. -HARAKAHDAILY 5/8/2018