Besut siap siaga hadapi kemungkinan banjir

Berita
Typography
BESUT: Segala persediaan sewajarnya untuk menghadapi banjir sedang dipersiap agensi terbabit memandangkan musim tengkujuh bakal tiba tidak lama lagi.
 
Adun Jabi, Dr Azman Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja meninjau permasalahan banjir kilat antaranya yang melanda Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk, Jabi, di sini semalam.
 
Beliau difahamkan, banjir kilat di situ telah menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan peralatan sekolah berpunca dari laluan air yang tersumbat di bahagian belakang sekolah.
 
"Kelmarin saya menerima aduan berkaitan hal ini dari Jabatan Pendidikan Daerah semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Pagi ini bersama Jabatan terlibat, kita mengambil tindakan segera untuk turun padang bagi membincangkan masalah ini di lokasi.
 
"Saya telah memohon kepada Jabatan Pengairan dan Sairan (JPS) untuk menyiapkan kertas pelan tindakan penyelesaian dalam masa seminggu memandangkan musim tengkujung akan bertandang tidak lama lagi. 
 
"Kelewatan akan menyebabkan kerosakan dan kerugian berulang semula," ujarnya pada lawatan bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya Besut, Ketua Pegawai Pendidikan Besut, Pejabat Tanah Besut dan JPS Besut. -HARAKAHDAILY 7/8/2018