KUIZM kumpul dana gerak agenda Islam

Berita
Typography
GOMBAK: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) akan mengadakan Majlis Hi-Tea di Dewan Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor, KUIZM, Taman Melewar pada Sabtu, 18 Ogos ini jam 3 hingga jam 5 petang.
 
Program ini diadakan bertujuan mengumpul dana bagi meneruskan dan melangsungkan agenda perjuangan Islam khususnya dalam melahirkan  generasi pewaris Nabi S.A.W.
 
Tetamu istimewa yang dijemput khas bagi menyempurnakan majlis ini ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Dr Mahfodz Mohamed iaitu merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIZM. 
 
Program julung-julung kali diadakan ini bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan Kumpulan Shoutul Amal dan juga majlis menandatangani MoU pendidikan antara KUIZM dengan beberapa sekolah agama tahfiz di seluruh Malaysia.
 
Kupon infaq bernilai RM50 bagi setiap hadirin boleh didapati di kaunter pejabat pentadbiran KUIZM atau berhubung dengan Ustaz Umar Sufee di talian 013-318 768 atau talian hotline KUIZM, 010-356 5616.
 
Semua pemimpin dan masyarakat awam dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada institusi pendidikan tinggi Islam PAS ini dan semoga setiap sumbangan untuk perjuangan Islam dikira sebagai amal soleh di sisi Allah S.W.T. -HARAKAHDAILY 7/8/2018