Ayuh bantu Ustaz Mat Taliban

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Presiden NGO Generasi, Ustaz Roslan Md Esa merayu ahli dan penyokong PAS untuk sama-sama membantu seorang amilin parti yang kini terlantar sakit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, Ustaz Mat Taliban atau nama sebenarnya Ustaz Muhammad Bakri Shamsudin menghidapi strok dan beliau amat mengharapkan bantuan orang ramai dalam menampung kos perubatannya.

Katanya, Ustaz Mat Taliban adalah amilin yang banyak berjasa di peringkatnya dalam mengurus jenazah, memasak bagi program-program parti dan sangat komited dengan kerja jamaah.

"Sering mengurus jenazah tanpa waris, mati ngeri dibunuh dan sebagainya, ada yang mati kemalangan, beliaulah uruskan. Aktivis masyarakat ini kini kena strok ana sifatkan kritikal dan kita perlu membantunya kerana hidupnya yang sangat susah.

"Moga bantuan dapat meringankan beban yang dihadapi dan dikira sebagai sedekah, amal jariah  kita semua," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Bagi sesiapa yang mahu membantu Ustaz Mat Taliban boleh menyumbang ke akaun BSN 0670041000077275 atau CIMB 8603211024 atas nama isterinya, Sufiah Kamaruzzaman. – HARAKAHDAILY 11/8/2018