Bimbing perubahan politik pengundi anak muda

Berita
Typography

GOMBAK: Ahli PAS perlu mengambil tanggungjawab besar untuk mengemudi sokongan dari golongan pengundi anak muda yang kini berhadapan cabaran sangat getir.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, anak muda kini menghadapi tiga perkara utama iaitu kejahilan agama, keruntuhan akhlak dan serangan pemikiran.

Hal tersebut jelasnya, telah memecahkan anak muda termasuk sehingga menganggap politik sebagai perkara tidak penting, lalu membiarkan sesiapa sahaja memerintah.

"Mereka mahu perubahan. Tak kira apa perubahan. Walaupun yang lebih buruk, mereka tak peduli. Kerana apa? Kerana kesan yang disebutkan tadi," ujarnya pada Liqa' Fikri PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, di sini hari ini.

Menurut beliau, 30 peratus pengundi muda antara usia 21 hingga 30 tahun yang dicampur bersama 90 peratus pengundi bukan Islam telah menyokong dan memenangkan PH pada PRU14 lalu.

Keadaan tersebut terang Tuan Guru, menyebabkan anak muda menjadi sasaran dan pilihan mereka berikan itu adalah undi yang rapuh di mana PAS perlu mengambil tanggungjawab menyelesaikannya. - HARAKAHDAILY 11/8/2018

FB IMG 1533996813320