Sokongan kepada Dr Halimah makin meningkat

Berita
Typography

PETALING JAYA: Sokongan rakyat di Dun Seri Setia terhadap calon PAS, Dr Halimah Ali semakin meningkat dan memberi peluang yang cerah untuk menang.

Timbalan Speaker Kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, rakyat sekarang sudah mula sedar dengan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji selepas 100 hari.

“Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia rakyat mahu PAS menang supaya dapat memberi mesej dan signal kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor,” katanya ketika ditemui pada majlis ceramah santai dengan pengundi di sini. Ceramah tersebut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai kaum sambil menjamu BBQ.

Katanya, rakyat juga semakin bimbang apabila janji untuk menaikkan gaji dan bonus penjawat awam tidak dilaksanakan seolah-oleh mereka semakin dipinggirkan oleh kerajaan baharu sekarang.

“Selain itu, banyak projek sebelum ini diperbaharui dan diberhentikan menyebabkan pemaju-pemaju yang terpaksa menanggung bebanan yang besar.

“Tidak hanya pemaju tetapi ia juga melibatkan kepada pendapatan pekerja-pekerja awam dan swasta yang terpaksa menanggung sama,” ujarnya.

Beliau juga menyeru semua pengundi yang beragama Islam supaya mendekatkan diri kepada Allah kerana Dia yang memberi Kemenangan.

Berbaki tiga hari lagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia beliau mengharapkan jentera kempen memperkuatkan lagi usaha dan memberi penerangan kepada rakyat khususnya golongan bukan Islam supaya tidak mudah percaya dengan propaganda yang dibawa oleh parti lawan yang ingin memburuk-burukkan PAS. – HARAKAHDAILY 5/9/2018