'Stuntman' terima anugerah Pemuda PAS

Berita
Typography

KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyampaikan Anugerah Khas Bakat Luar Biasa kepada pelagak ngeri (stuntman) profesional, Muhammad Rafi Syafiq Fairuz.

Penganugerahan itu adalah sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kali Ke-59 di Duyong Marina & Resort, di sini hari ini.

Ia sebagai menghargai bakat anak muda itu khusus dalam aksi 'stunt' motosikal kuasa tinggi, selain perkhidmatan dan penyertaannya dalam bidang berkaitan.

Rafi pernah menerima bimbingan selama 4 tahun oleh pelagak ngeri profesional Hollywood itu amat bercita-cita menyertai kejohanan berkaitan di peringkat dunia.

Namun, hingga kini belum ada pihak yang tampil menyokongnya hingga faktor kewangan menyebabkan kerap terpaksa membatalkan hasratnya.

Penyampaian plak anugerah telah diserahkan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. - HARAKAHDAILY 14/9/2018