22
Tue, Oct
28 Artikel Baru

PRK PD: PAS umum calon malam ini

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: PAS akan mengumumkan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (PD), malam ini.

Majlis pengisytiharan calon itu diadakan di Markas PAS Cawangan Bukit Tembok, Pasir Panjang, Port Dickson bermula jam 9.00 malam.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Port Dickson manakala Ustaz Idris Ahmad sebagai timbalan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustaffa Daharun pula dilantik sebagai Pengarah Operasi PRK Port Dickson.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon PRK Parlimen Port Dickson pada 29 September ini, hari mengundi 13 Oktober, sementara 9 Oktober bagi hari mengundi awal.

SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof pada 12 September lalu berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.132 Port Dickson.

Ini berikutan penyandangnya Dato’ Danyal Balagopal Abdullah telah meletak jawatan pada 12 September. – HARAKAHDAILY 27/9/2018