Orang tak mati, tapi PRK PD

Berita
Typography

PORT DICKSON: "Biasanya orang mati barulah pilihan raya kecil, tetapi di sini (Parlimen Port Dickson) PRK kerana orang tak mati," demikian kata Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man semasa pengisytiharan calon di PRK 132 Parlimen PD di sini malam ini.

Menurut beliau, pilihan raya kali ini dilihat seolah-olah mempermainkan rakyat demi merealisasikan cita-cita seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.

iskSementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad pula menyatakan, PRK Parlimen Port Dickson (PD) boleh menjadi satu titik penamat kepada karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilihat terlalu gopoh untuk menjadi Perdana Menteri.

Iskandar berkata, pengundi di PD ini adalah harapan seluruh rakyat Malaysia untuk mengajar kegilaa PH yang sewenang-wenang memainkan sentimen rakyat demi cita-cita seorang pemimpin mahu menjadi PM.

"Sejak PH terajui negara tiga bulan, tiada apa perubahan, malah ini yang dihidangkan kepada rakyat, permainan sandiwara mereka," katanya semasa berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PAS di sini malam ini.

Namun katanya, PH membawa rakyat untuk terus dihangatkan dengan permainan dan sandiwara politik demi cita-cita seorang pemimpin.

"Dulu ada Langkah Kajang, sekarang ini Langkah PD pula," katanya lagi.

Terdahulu, PAS mengumumkan bekas anggota tentera, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar calon bagi menentang Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat Tuan Ibrahim Tuan Man di Markas Induk PAS PRK Port Dickson di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Naib Presiden, Dato' Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyudin Hassan, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustaffa Daharun, dan saf pimpinan sayap pemuda, muslimat serta ulamak.

PRK PD diadakan berikutan bekas MP nya mengumumkan meletak jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding.

Umum mengetahui, PRK ini adalah usaha Anwar untuk membuka jalan menjadi Perdana Menteri.

Namun dalam masa yang sama, Anwar dikatakan bakal berdepan laluan susah kerana PM, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membenarkan cita-cita Anwar menjadi PM tertunai.

Sebelum PRK lagi, langkah PD ini memperlihatkan perpecahan antara pemimpin dalam PH. - HARAKAHDAILY 27/9/2018