Sedikit kecoh tidak jejas penamaan calon

Berita
Typography

PORT DICKSON: Calon PAS PRK P.132 Port Dickson, Mohd Nazari Mokhtar dan para pengiring adalah rombongan kedua tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon, Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson sekitar jam 8:30 pagi tadi.

Perarakan tadi laungan takbir dan ucapan lailaahaillallah bergema di sepanjang satu kilometer perjalanan dari tapak pekarangan himpunan SMK Datuk Haji Abdul Samad ke Pusat Penamaan Calon, Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Selepas tiba di pekarangan pusat penamaan calon, hampir 30 pimpinan PAS dan DHPP masuk ke dalam pekarangan dewan.

Tiga pengiring menemani calon masuk ke dalam dewan untuk menyerahkan borang pencalonan.

Hingga setakat ini, suasana penamaan tenang malah polis turut menasihatkan para penyokong tidak melakukan sebarang provokasi dan kekacauan.

Sebelum itu, semasa perarakan calon PAS tadi timbul sedikit kekecohan yang mana pihak penguatkuasa menghentikan perarakan atas faktor mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Bimbang akan berlaku kelewatan ke pusat penamaan, perarakan calon PAS diteruskan.– HARAKAHDAILY 29/9/2018