Tolak menolak 15 minit tetapi terkawal

Berita
Typography

PORT DICKSON: Berlaku sedikit ketegangan antara penyokong calon Pakatan Harapan dengan anggota keselamatan dan petugas media di hadapan pintu pagar masuk ke Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Suasana tegang itu berlaku tarik menarik dan tolak menolak antara satu sama lain.

Ketegangan berlaku selama hampir 15 minit.

Tidak lama selepas itu pasukan FRU tiba bagi menjaga keselamatan berhampiran pintu masuk.

Bagaimanapun, suasana terkawal sehingga proses penamaan calon PRK Parlimen Port Dickson berjalan lancar sehingga kini. – HARAKAHDAILY 29/9/2018

pd11