PRK PD untuk impian seorang pemimpin

Berita
Typography

KOTA BHARU: Pengundi di Port Dickson (PD) disaran menolak calon Pakatan Harapan (PH) pada 13 Oktober ini kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) itu diadakan semata-mata untuk memenuhi impian seseorang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, PRK itu diadakan bagi mengapai impian seorang pemimpin yang beriya-iya mahu kerusi Perdana Menteri.

“Hanya impian seorang pemimpin menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos lebih RM3.6 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya mengendalikan PRK tersebut.

“Itu belum lagi kos untuk urusan-urusan lain,” ujarnya di sini.

PRK Port Dickson diadakan berikutan penyandang kerusi tersebut, Dato’ Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan serta-merta bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sebelum ini acap kali memberitahu akan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan. - HARAKAHDAILY 2/10/2018