Muslimat lancar kempen dana gempa tsunami

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia telah melancarkan kempen khas sumbangan untuk mangsa gempa bumi dan tsunami Sulawesi dan Lombok, Indonesia.

Kempen khas itu mensasarkan untuk menyumbang kepada mangsa pakej keperluan asas seperti selimut, tikar, bantal dan tilam lipat dengan anggaran nilai RM150 (lebih RP500,000) yang juga mendesak ketika ini.

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh sendiri antara yang menyaksikan kesan dan keadaan lokasi serta mangsa gempa bumi di Lombok pada Misi PASRelief 23 hingga 27 September baru-baru ini.

Beliau bersama Penolong Setiausaha Muslimat PAS Malaysia, Norhafizah Fadzil telah melihat kesengsaraan dan mendengar langsung daripada mangsa kisah yang disifatkan merobek hati dan meluluh jiwa.

Namun imaninya, semua itu iktibar yang membenarkan sabda Rasulullah S.A.W mengenai gambaran kiamat antaranya si ibu meninggalkan anak sedang disusui atau ditidurkan kerana diselubungi perasaan takut.

Oleh itu, kempen Muslimat PAS ini merupakan usaha meringankan beban derita ditanggung mangsa yang boleh disalurkan terus ke akaun Maybank Islamic 5640 2540 0711 atas nama DMPP.

Makluman sumbangan atau pertanyaan mohon berhubung ke talian 019-357 7502 (Dr 'Uyun), 014-306 9142 (Zurina), 019-204 9434 (Zuriati) atau 019-590 2381 (Oyeen). - HARAKAHDAILY 3/10/2018

IMG 20181003 WA0005