PAS Selangor ucap takziah

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi mengucapkan takziah kepada keluarga enam anggota bomba yang telah terkorban dalam operasi menyelamatkan seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong semalam.

“Operasi yang dijalankan telah mengikut prosedur keselamatan tetapi apa yang terjadi adalah ketentuan Allah S.W.T. Ahli bomba yang terkorban adalah mereka yang masih lagi muda, kuat dan boleh terus menyumbangkan bakti tapi apakan daya Allah lebih sayangkan mereka,” katanya ketika dihubungi

Beliau berharap semoga semua ahli keluarga mangsa bersabar dalam menghadapi ujian dan mudah-mudahan Allah menempatkan mereka dalam kalangan yang terbaik di sisi-Nya.

Katanya, mereka adalah wira negara yang sanggup merisikokan nyawa untuk membantu orang lain.

“Satu penghormatan yang harus diberikan kepada mereka semua,” ujanya. – HARAKAHDAILY 4/10/2018