Warga emas terharu kunjungan calon PAS

Berita
Typography

PORT DICKSON: Ziarah calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar di Hospital Port Dickson petang tadi menggamit suasana apabila salah seorang pesakit warga emas menangis terharu dengan kehadirannya.

Warga emas tersebut yang ditemani saudaranya itu merasa amat gembira dengan kunjungan mengejut Nazari di wad yang memuatkan lebih sepuluh pesakit.

Hampir sejam Nazari yang diiringi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki meluangkan masa bertanya khabar pesakit-pesakit di wad terbabit.

Di samping menziarah, beliau juga membacakan doa syifa' buat pesakit yang diaminkan oleh para pelawat yang ada.

Seusai ziarah di hospital, bekas tentera ini meneruskan agenda kempennya di Pantai Teluk Kemang.

Di sana beliau sekali lagi disambut baik malah ada yang mengharapkan Nazari menang dalam pilihan raya kecil ini.

"Insya-Allah, PAS mesti menang kali ini, saya yakin," ujar salah seorang peniaga di situ. – HARAKAHDAILY 4/10/2018