Presiden PAS sedia berforum dengan Tun M

Berita
Typography

PORT DICKSON: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan beliau untuk berforum dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menjawab demikian ketika ditanyakan oleh wartawan berkenaan kehadiran Tun Mahathir di Port Dickson, esok.

"Itu terpulang kepada perasaan Perdana Menteri sendiri," ujar beliau pada sidang media di sini, petang tadi apabila ditanyakan sama ada kehadiran Tun Mahathir adalah disebabkan oleh kegusaran Perdana Menteri terhadap kehadiran Ahli Parlimen Marang tersebut.

Tun Mahathir dilaporkan sebelum ini akan hadir ke Port Dickson untuk berkempen bagi calon Pakatan Harapan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 7/10/2018