Menteri ‘sanggah’ konsep amar makruf

Berita
Typography

KUANTAN: Usaha mencegah kegiatan tidak bermoral seharusnya dipertingkat di saat gejala sosial semakin membimbangkan sekarang.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaaz Rosli Abd Jabar berkata, kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) apa yang dilakukan orang Islam di sebalik pintu tertutup bukan urusan kerajaan tidak munasabah.

Katanya, kenyataan itu tidak munasabah sama sekali, malah bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar dalam Islam.

“Sepatutnya operasi membenteras gejala sosial termasuk zina perlu diperhebatkan agar ia dapat membendung atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan statistik sedia ada.

“Kita mengetahui banyak berlakunya kes pembuangan bayi sehingga ada yang sanggup membunuh anak sendiri yang lahir dari perbuatan zina.

“Adakah gejala seupama itu bukan urusan kerajaan bagi membendungnya. Sepatutnya pihak berkuasa lebih risau peningkatan kes tersebut,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 8/10/2018