Calon PAS saksi proses undi awal

Berita
Typography

PORT DICKSON: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar turun padang menyaksikan proses pengundian awal di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini.

Beliau tiba di tempat pusat mengundi tepat jam 8 pagi.

Data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 7,268 pengundi awal bagi PRK Parlimen Port Dickson akan turun mengundi hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 6,690 pemilih adalah dalam kalangan anggota tentera dan pasangan manakala 578 adalah anggota polis.

Kesemua tiga pusat pengundian awal iaitu di Kem Segenting, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) membabitkan 13 saluran mengundi.

Pusat pengundian awal dibuka mulai jam 8.00 pagi dan berakhir 5.30 petang. – HARAKAHDAILY 9/10/2018

ua2