Tidak dapat pengampunan bebas tak layak jadi MP

Berita
Typography

GOMBAK: Pengampunan Diraja adalah kuasa pengampunan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri yang diwarisi sejak zaman terdahulu oleh institusi beraja di negara ini.

Kuasa pengampunan tersebut digunakan apabila seseorang individu didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman.

Pengarah JUHAM, Wan Rohimi Wan Daud berkata seseorang yang tidak mendapat pengampunan bebas tidak layak untuk menjadi ahli parlimen.

“Antara sebab seseorang individu hilang kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen ialah gila atau tidak siuman, bankrap yang belum dilepaskan, pernah bertanding dalam pilihan raya terdahulu.

“Seseorang yang hilang kelayakan juga yang tidak menghantar penyata akaun,” katanya dalam Bicara Pengampunan Diraja: Prosedur dan Implikasi Undang-Undang di Batu Caves.

Beliau berkata, kes yang dekat sekarang ialah seseorang itu hilang kelayakan apabila dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Ulasan lanjut di Harakah cetak.