Umno pernah halang projek ke Kelantan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kekurangan infrastruktur menjadi faktor utama Kelantan agak ketinggalan berbanding negeri lain di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, Kelantan dinafi mendapat lebuh raya yang pernah dilulus dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) pada 1986.

Bagaimanapun katanya, selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum 1990 projek itu digantung.

“Inilah susahnya kalau kita fikir lebih kepada parti daripada rakyat. Sedangkan kita menjadi ketua kepada semua rakyat.

“Namun apa yang berlaku sebelum ini perdana menteri lebih mirip kepada parti sendiri sahaja.

“Dahulu pernah kita ingat kata-kata Tun Dr Mahathir yang menyebut kerajaan pusat hendak bagi projek pembangunan ke Kelantan tetapi budak kita (Umno Kelantan) yang halang,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kelantan 2019 di persidangan Dun hari ini. - HARAKAHDAILY 31/101/2018