Pembangkang di Kelantan dapat peruntukan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan melulus peruntukan pembangunan kecil kepada Adun pembangkang di negeri itu sebanyak RM400,000 tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pembangkang di Kelantan juga mendapat peruntukan pembangunan daripada kerajaan negeri.

“Kita lulus peruntukan kepada semua YB termasuk pembangkang. Peruntukan Pembangunan Kecil dilulus juga kepada pembangkang tahun depan.

“Namun ia tidak sama dengan jumlah peruntukan kepada penyokong kerajaan,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan Belanjawan Kelantan 2019 pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri melulus sebanyak RM50,000 kepada setiap 8 Adun pembangkang yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM400,000

“Jadi kita harap gunalah dengan baik supaya boleh berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya. Persidangan Belanjawan Dun Kelantan berakhir hari ini. - HARAKAHDAILY 31/10/2018