607 pusat pemindahan banjir di Kelantan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kelantan mengenal pasti 607 pusat pemindahan dengan kapasiti 198,060 orang sebagai persediaan menghadapi bencana banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita, Mumtaz Md Nawi berkata, lapan daripadanya mampu menampung seramai 2,000 mangsa banjir.

Selain itu sejumlah 5,463 sukarelawan dilantik sebagai penyelia serta ahli jawatankuasa di setiap pusat pemindahan banjir di seluruh Kelantan.

"Ini merupakan sebahagian langkah yang dilakukan kerajaan negeri bagi menghadapi musim banjir, selain mengadakan beberapa siri taklimat dan mesyuarat bersama jabatan dan agensi terlibat.

"Kita juga menambah baik prasarana bagi memberi kemudahan kepada mangsa banjir serta sistem pengurusan termasuk menambah jawatankuasa di semua peringkat pengurusan banjir," katanya di sini.

Menurutnya juga kerajaan negeri bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi kemungkinan banjir yang dijangka melanda di negeri tersebut.

Cuaca di Kelantan mendung minggu dengan hujan sekali sekala lebat di beberapa tempat. - HARAKAHDAILY 31/10/2018