TG Abdul Hadi penuhi program di Turki

Berita
Typography

ISTANBUL: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan rasa syukur dan gembira dapat menghadiri Muktamar Kesatuan Ulama Islam Sedunia Kali Ke-5 di Istanbul, sejak kelmarin dalam semangat ukhuwwah dan kesatuan ummah.

Turut bersama Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Dr. Ahmad Ar-Raisuni, Syeikh Dr. Ali Qurrah Daghi, Syeikh Ikrimah Sabri, Syeikh Muhammad Ad-Dudu As-Syanqiti, Syeikh Isaam Al-Basyiir, Menteri Agama Turki, Datuk Bandar Istanbul serta lebih 1,000 ulama dan tokoh ilmuan Islam seluruh dunia.

“Semoga perhimpunan ini membawa kebaikan kepada Islam dan dunia sejagat,” ujarnya yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Beliau bagaimanapun membuat keputusan untuk tidak mengisi dan menyerahkan borang pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada muktamar kali ini.

Dalam pada itu, beliau juga memenuhi jemputan Presiden Parti Saadet, Temel Karamollao─člu ke Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin gerakan Islam, dan diberikan peluang untuk menyampaikan ucaptama dalam majlis tersebut.

Selain itu, Tuan Guru Abdul Hadi berkesempatan menghadiri Persidangan Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Islam (IFIP) di Istanbul.

Beliau turut berkongsi sejarah penglibatan PAS dalam sistem demokrasi pilihan raya, ijtihad-ijtihad politik PAS dan situasi semasa di Malaysia.

Tuan Guru juga mengadakan kunjungan hormat untuk bertemu Ahmet Davuto─člu, Mantan Perdana Menteri Turki di pejabat beliau.

Dalam pertemuan lebih dua jam tersebut, mereka sempat berbincang dan berkongsi pandangan berkenaan hal ehwal semasa dunia Islam, masalah dan penyelesaiannya, serta pandangan terhadap politik Malaysia dan Turki.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengucapkan terima kasih di atas layanan baik yang diberikan dalam pertemuan itu.

Tuan Guru turut berkesempatan bertemu jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin bagi mengucapkan terima kasih kerana melawat beliau ketika menerima rawatan di Istanbul beberapa tahun lalu.

“Kami turut berkongsi pandangan tentang perkembangan politik semasa dan peranan Malaysia-Turki dalam mewujudkan kestabilan dan kesatuan di kalangan umat Islam,” ujarnya.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu dengan sahabat lama daripada Parti Saadet, Harun Macit, dan mengucapkan terima kasih di atas layanan istimewa yang diberikan setiap kali berkunjung ke Turki. – HARAKAHDAILY 6/11/2018

t13

t2

t3

t4

t6

t7

t8

t9

t10

t11

t12

t14