Bantah ICERD menyeluruh - Mursyidul Am

Berita
Typography

KANGAR: Bantahan rakyat terhadap penolakan ICERD menyeluruh seluruh negara dan bukan hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin menyifatkan, keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak meneruskan ICERD itu kerana terpaksa.

Menurutnya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa mengambil sikap tidak menerima ICERD kerana mendapat tentangan menyeluruh rakyat.

“Dari sudut politik kenapa kerajaan sendiri membatal ICERD, itu baru ura-ura PAS dan sebahagian bukan Islam menampakkan penentangan terhadap ICERD.

“Penentangan ini bukan hanya berlaku di kawasan-kawasan tertentu, tetapi menyeluruh seluruh negara. Dia (Perdana Menteri) terpaksa mengambil sikap kita (Malaysia) tidak akan menandatangani.

“Seolah-olah kabinet telah memberi keputusan kita tidak akan tandatangani ICERD,” ujarnya kepada Harakah.

Beliau berkata demikian ketika kunjungan hormat oleh Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan di Kompleks PAS Perlis, di sini, semalam. – HARAKAHDAILY 6/12/2018